3 prinsip perancangan penyampaian persidangan untuk menarik minat para peserta pada masa kini

Salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh penganjur ialah untuk menarik minat peserta supaya menghadiri persidangan yang bakal dianjurkan. Ianya adalah tujuan utama majlis dirancangkan dimana jumlah peserta menjadi faktor utama sebagai ukuran kejayaan majlis tersebut. Setelah berjaya menarik kehadiran peserta ke majlis anda, cabaran seterusnya bagi setiap pengajur ialah untuk mengekalkan minat peserta sepanjang berlansungnya majlis.

Lazimnya, para peserta di setiap persidangan, seminar dan pameran melompat dari satu sesi ke sesi yang lain untuk mendengar ceramah yang sedang diberi serta mengambil bahagian dalam sesi perbincangan. Apakah anda mahu penyampaian anda menjadi persembahan terpilih yang mampu menjana topik perbualan di kalangan hadirin? Anda perlu mencipta dek penyampaian yang tidak akan dapat dilupakan melalui gabungan rekabentuk yang difikirkan dengan teliti di dalam slaid anda. Tak kiralah sama ada anda ingin menarik minat para peserta untuk meneruskan perbualan atau menimbulkan persoalan, fikir dengan teliti matlamat anda serta rekabentuk slaid yang mampu mencapai matlamat tersebut.

Apakah cara termudah untuk mencapai kehebatan? Pertingkatkan kualiti kreatif penyampaian dan capai jangkauan pasaran anda dengan lebih berkesan melalui gabungan tiga prinsip reka bentuk penyampaian terhebat ini.

1 Pastikan reka bentuk penyampaian anda mudah dan jelas

Mantapkan kedudukan anda sebagai pemimpin pemikiran melalui reka bentuk slaid tanpa matlumat berlebihan yang tidak penting, sebaliknya memberi penerangan yang mudah dan jelas. Apa yang harus diingati ialah penyampaian yang lebih panjang tidak semestinya menghasilkan persembahan yang lebih hebat. Sebaliknya, tumpu perhatian anda terhadap penggunaan strategik ayat yang lebih bermakna di dalam setiap slaid serta nota penyampaian yang terhebat.Sampaikan mesej anda melalui pelbagai cara dengan menggunakan elemen rekaan berbentuk cerita. Gabungan warna, grafik dan susun atur yang betul akan mengukuhkan mesej anda di peringkat visual yang pasti akan bergema di kalangan para hadirin.

2 Pastikan penyampaian anda berbentuk interaktif dan menghiburkan

Para peserta mahu dihibur, namun mereka juga ingin berinteraksi serta menjadi sebahagian daripada pengalaman yang dilalui. Hasilkan penyampaian yang mencabar penonton anda untuk menyoal serta memikir secara kreatif tentang kandungan dan mesej yang ingin disampaikan. Tarik perhatian mereka melalui kandungan tersembunyi yang mengagumkan melalui sesi pengalaman interaktif. Cuba gunakan persembahan yang menggabungkan teknologi skrin sentuh (seperti Inteli-Touch) bagi menukarkan syarahan satu hala menjadi perbualan dua hala, atau menggabungkan tinjauan penonton secara lansung (umpamanya, Event Poll) bagi sesi soal jawab, tinjauan, maklum balas dan seterusnya. Anda juga boleh menggabungkan platform media sosial (melalui Event Feed) dalam penyampaian anda bagi menggalakkan penyebaran mesej serta mempertingkatkan jangkauan acara dengan lebih berkesan. Timbulkan inspirasi dikalangan para peserta untuk mendapatkan matlumat baru, mengambil langkah aktif atau mencuba sesuatu yang belum pernah dicubai.

3 Sertakan video dan imej yang tidak dijangka bagi memastikan para hadirin sentiasa menumpukan perhatian mereka

Hasilkan penyampaian yang diharapkan oleh para hadirin, namun persembahkan kepada mereka suatu pandangan yang baru. Gabungkan jawapan yang ternyata jelas dengan grafik atau video yang tidak terduga bagi menonjolkan pemikiran yang inovatif di luar dugaan. Gabungan kedua-dua faktor ini akan menarik perhatian serta memperluaskan imaginasi di kalangan para hadirin. Gabungkan isikandungan penyampaian anda dengan reka betuk yang berlainan seperti warna-warna terang, imej menarik, video yang menghiburkan, grafik hebat, serta elemen humor bagi mendorong penonton menilai isi kandungan penyampaian anda dengan pandangan yang baru. Lazimnya, langkah ini mengambil kira demografik penonton anda. Pastikan segala yang anda persembahkan adalah relevan dan bersesuaian dengan sasaran penonton anda.

Dapatkan idea daripada pakar-pakar persidangan

Inovasi dalam penyelesaian audio visual dan teknologi pementasan mempertingkatkan lagi keterangsangan operasi yang kini tidak terhad. Namun, lebih besar sesuatu idea, lebih tinggi kos pementasannya. Justeru, dalam perancangan persidangan, keutamaan perlu diberi terhadap penyertaan penceramah dan penyampaian yang bersesuaian. Selainnya boleh dianggap sebagai bonus sampingan yang akan mempertingkatkan lagi pengalaman untuk semua.

Encore Event Technologies (yang sebelum ini dikenali sebagai ETG Staging Connections) telah membantu pelbagai penganjur persidangan mencapai impak pengalaman yang tinggi melalui penyampaian kreatif yang dipersembahkan dengan menarik, menggabungkan pencahayaan ambien dan AV pementasan. Hubungi kami hari ini untuk memulakan proses penjanaan idea bagaimana anda mampu menganjurkan persembahan yang bakal menjadi topik perbualan di kalangan ramai!

Hubungi kami hari ini atau dapatkan matlumat lanjut mengenai perkhidmatan pementasan persidangan kami.

--

3 Principles for Designing A Conference Presentation to Engage Today's Audiences