Bagaimana penayangan pemetaan ke meja boleh digunakan dalam acara majlis untuk penjenamaan, personalisasi dan penceritaan

Semua yang terbabit dengan pementasan acara majlis pastinya mengenali kaedah pemetaan penayangan secara besar-besaran di bangunan, di pentas dan sewaktu pelancaran. Kini wujud potensi tanpa had untuk anda mempersembahkan cerita anda pada tahap yang lebih intim. Makan bersama adalah suatu aktiviti sosial yang paling intim dan pemetaan penayangan ke meja di majlis makan malam kini mula dianggap sebagai kaedah hebat untuk berkomunikasi, menghibur dan menarik perhatian tetamu anda.

Di Encore Event Technologies, kami menggabungkan bakat artis digital yang hebat dengan projektor definisi tinggi bersama krew teknikal untuk menghasilkan persembahan yang menakjubkan serta isi kandungan yang boleh dikongsi bersama bagi menghasilkan transformasi terhadap majlis makan malam anda menjadi suatu acara multimedia yang hebat.

Mempersonalisasikan Pemetaan Penayangan

Pasukan kami di Australia telah bergabung dengan Dom Perignon Champagne untuk menceritakan sejarah mereka. Kami menggunakan jenama syarikat berkenaan bagi menghasilkan suatu pengalaman yang menakjubkan untuk 100 orang para tetamu VIP di Hotel Ivy di Sydney, Australia melalui kaedah pemetaan penayangan. Meja makan di dewan majlis menjadi kanvas untuk kami menceritakan sejarah jenama Dom Perignon melalui penayangan animasi yang disesuaikan khusus untuk pelanggan kami. Kad nama peribadi berbentuk logo Dom Perignon telah dipancarkan ke meja makan, diikuti dengan grafik yang diubahsuaiakan dengan teliti dan dipancar tepat dengan susunan pinggan, kutleri dan gelas minuman. Setiap hidangan sajian diiringi dengan penayangan isi kandungannya tersendiri sejajar dengan menu bagi menonjolkan keistimewaan serta kemewahan jenama Dom Perignon Champagne. Pemetaan penayangan ini merupakan cara persembahan terhebat yang menggabungkan unsur peribadi dengan sejarah jenama syarikat ini bagi menghasilkan suatu pengalaman makan malam intim yang menakjubkan.

Pemetaan Penayangan untuk Penjenamaan

Dalam pementasan acara majlis untuk Pusat Konvensyen Kebangsaan Canberra, Australia, kami menggabungkan warna dan imej berkaitan dengan pesta Enlighten Festival yang membabitkan pameran seni luaran, pencahayaan dan budaya bagi mempersonalisasikan sebuah majlis makan tengahari untuk seramai 40 orang tetamu. Majlis ini bertujuan memaparkan Canberra sebagai suatu destinasi acara majlis bertaraf antarabangsa. Sajian dan hidangan wain tempatan diiringi dengan persembahan animasi di mana setiap pinggan dipancarkan cahaya peribadi bagi mempertingkatkan lagi keberkesanan majlis. Nama setiap tetamu dipancarkan ke tempat duduk masing-masing, menghasilkan suatu sentuhan peribadi dan memudahkan pergaulan dan pengenalan. Warna musim luruh di Canberra sewaktu itu serta ketrampilan imej pelanggan kami, InterContinental Hotels Group, kesemuanya telah digabungkan dalam isi kandungan pemetaan penayangan bagi mempertingkatkan lagi majlis penjenamaan ini ke peringkat seterusnya.

Pemetaan Penayangan untuk Penceritaan Kisah

Kami telah mementaskan sebuah persembahan istimewa untuk 10 tetamu berpengaruh tinggi di Pullman Reef Hotel Casino di Cairns, Australia, untuk memaparkan kisah kumpulan syarikat perhotelan global, The Accor Group. Kami telah bergabung dengan syarikat kreatif yang hebat dari Belgium, Skull Mapping, untuk menayangkan rekaan ‘Le Petit Chef’ mereka yang telah menjadi sensasi di internet dengan membina tema terumbu di dalam dewan melalui penggunaan pencahayaan dan elemen pementasan bagi menonjolkan keindahan alam semula jadi di kawasan itu. Setiap tetamu amat terpegun apabila ‘kain lapik meja’ mereka berubah menjadi animasi yang menceritakan salah satu kisah pengembaraan Le Petit Chef. Malahan tetamu VIP teramat kagum sehingga meminta agar persembahan animasi itu diulangi sebanyak empat kali!

Penayangan ke meja adalah satu teknik yang masih baru yang belum lagi dapat dinikmati secara lansung oleh kebanyakan para tetamu (dan penerbit acara majlis!). Ianya adalah satu persembahan yang paling mempesonakan setiap penonton yang lantas menggunakan telefon bimbit mereka untuk merakam dan memuat turun ke internet imej dan video persembahan tersebut. Kaedah ini mempunyai kuasa yang menakjubkan untuk membantu menonjolkan jenama, mempersonalisasikan sesuatu majlis ke tahap mikro dan memaparkan kisah cerita anda; pencipta Le Petit Chef juga menggunakan kaedah ini dalam acara majlis makan malam selama dua jam untuk menceritakan kisah pengembaraan Marco Polo!

Sila hubungi dan berbincang dengan pakar kami mengenai pemetaan pencahayaan untuk acara majlis anda yang akan datang

Bagi memaksimumkan keberkesanan, pencipta isi kandungan, perancang majlis dan pasukan teknikal harus bekerjasama dengan rapat – penayangan ke meja amat halus tekniknya dan harus menepati susunan yang berukuran sekecil milimeter sahaja, manakala pementasan terbesar mempunyai jutaan kiraan piksel! Encore Event Technologies kini menimba pengalaman praktikal yang diperolehi untuk menjayakan pemetaan penayangan ke meja secara besar-besaran. Kami bersedia untuk bergabung dengan perancang majlis lain untuk menghasilkan suatu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan. Sekiranya anda berminat untuk menggunakan Pemetaan Penayangan ke Meja untuk majlis acara korporat, sila hubungi pakar kami hari ini dengan menghantar pertanyaan anda secara online.

--

 

How table projection mapping can be used in events for branding