Elak Dari Melakukan 6 Kesilapan Pementasan Yang Mampu Menjejaskan Minat Penonton Anda

Terdapat 5 prinsip asas bagi manjayakan pementasan. Audio, Pencahayaan, Gambaran, Pementasan dan Kandungan. Perhatian penuh akan tertumpu terhadap pementasan, justeru kelima-lima elemen penting ini perlu dilaksanakan dengan tepat kerana sebarang kesilapan tidak boleh diperbetulkan pada hari pementasan, tidak seperti persembahan AV. Pentas adalah elemen utama perancangan bagi memastikan kejayaan pementasan korporat. Kesemua para hadirin akan menumpukan perhatian mereka ke pentas, justeru matlamat anda ialah memastikan fokus penonton terhadap mesej yang ingin disampaikan berterusan tanpa gangguan. Inilah matlamat utama anda, namun terdapat pelbagai faktor yang boleh menjejaskan minat penonton anda – akibatnya, anda mungkin akan mengalami kerugian dari segi kewangan, kehilangan pelanggan baru, juga peluang menubuhkan perkongsian perniagaan.

Berikut adalah 6 kesilapan pementasan yang perlu dielak sekiranya anda ingin mengekalkan minat penonton.

1 Kualiti Sistem Bunyi Yang Lemah

Tahap bunyi yang dihasilkan dari pembesar suara di pentas memberi kesan terhadap jenama anda. Tahap bunyi dan gema perlu dikawal oleh juru profesional audio pada frekuensi yang selesa didengari dengan kelangsingan bunyi yang tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah.

Sekiranya bunyi dari pembesar suara tidak jelas atau tahapnya menyebabkan ketidakselesaan di kalangan penonton, anda kemungkinan kehilangan para hadirin serta pengacara. Sekiranya pengacara anda tidak boleh didengari, para hadirin akan hilang minat dan ini akan menyebabkan pengacara anda merasa tidak selesa. Akibatnya, semua yang berada di dalam dewan akan merasai pengalaman yang buruk. Dalam menentukan reka bentuk pentas, anda disaran bekerjasama dengan syarikat AV yang profesional bagi memastikan penempatan alat pembesar suara dan alat kawalan arus elektrik yang optimum supaya pengacara dan penonton dapat mendengar sejelas yang mungkin.

Muzik juga mampu memberi kesan yang sama seperti apa yang boleh dicapai oleh seorang pakar penceramah terhadap para penonton. Emosi, fungsi pergerakan dan kreativiti kesemuanya bolehdipertingkatkan melalui muzik dan kuasa keberkesanan ini dapat dilihat dalam pelbagai jenis pementasan. Manusia bukan hanya setakat mengkaitkan muzik dengan pengalaman peribadi, malahan muzik juga mencetuskan aktiviti otak setiap individu.

2 Reka Bentuk Pencahayaan Yang Buruk

Sebuah pentas yang diberi pencahayaan yang baik mampu mempertingkatkan suasana dewan. Justeru, pencahayaan pentas harus mengagumkan para penonton dengan gaya yang dinamik. Sekiranya mutu pencahayaan agak malap atau tidak berfungsi dengan betul, para hadirin mungkin kurang berminat untuk menumpukan perhatian mereka ke pentas. Pencahayaan putih yang keterlaluan akan memalapkan wajah dan ketrampilan pengacara anda serta memudarkan imej yang dipaparkan melalui skrin. Akibatnya, imej yang ingin dipaparkan sukar untuk ditontoni oleh para hadirin.

Pencahayaan profesional perlu mempunyai kefleksibelan. Pencahayaan perlu diubahsuai mengikut tema anda yang mampu memeransangkan pembabitan para hadirin, justeru menarik perhatian mereka terhadap penyampaian anda. Bergantung pada sistem elektrik yang sedia ada di dewan pementasan, pencahayaan boleh dikawal pada tahap bersesuaian dengan suasana unik serta tekstur yang ingin anda hasilkan bagi menarik minat penonton.

3 Kekurangan Teknik Penjenamaan Yang Kreatif

Sekiranya jenama anda tidak dipersembahkan dengan sempurna, para pelanggan mungkin menganggap ianya keterlaluan, justeru lansung hilang minat dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Malahan, 52% para pelanggan menyatakan syarikat yang gagal mempersembahkan jenama dengan berkesan sering menenggelami perasaan pengguna.

Kami menganggap setiap majlis korporat sebagai peluang kreatif untuk memaparkan logo serta visual mesej anda. Lebih daripada separuh pemasar B2B bersetuju bahawa penjenamaan perlu bagi memastikan perkembangan sesebuah syarikat. Purata, peningkatan pendapatan sebanyak 23% adalah hasil penjenamaan yang konsisten.

Logo anda boleh digabungkan dalam reka bentuk pentas, sekaligus menjadikannya suatu pengalaman interaktif. Logo anda boleh dipaparkan melalui sajian yang dihidangkan kepada para tetamu atau dipamerkan sebagai hasil seni 3D yang mampu memberi kesan emosi di kalangan para hadirin.

4 Mengabaikan Garis Penglihatan

Penonton perlu melihat dan mendengar persembahan untuk menghayati acara berkenaan. Persembahan, penceramah dan visual penjenamaan harus boleh dilihat oleh semua pihak. Jika tidak, para hadirin akan hilang minat dengan pantas dan akan mula menumpukan perhatian mereka kepada aktivitii lain – seperti bermain dengan telefon bimbit atau cuba memulakan perbualan dengan tetamu bersebelahan.

Pentas harus dinaikkan bagi memudahkan tontonan semua, namun ini bergantung pada susunan tempat duduk serta saiz acara yang ingin dipersembahkan. Terdapat pandangan yang berbeza mengenai ketinggian pentas yang optimum. Sesetengah golongan mengatakan 12 inci, manakala ada yang mengesyorkan 24 inci.

Setiap acara mempunyai keistimewaannya tersendiri. Anda disaran menggunakan perkhidmatan pasukan audio visual profesional yang akan bekerjasama dengan pihak dewan dan syarikat anda untuk mempertimbangkan segala elemen yang diperlukan bagi menentu ketinggian pentas yang sempurna. Lebih baik lagi sekiranya pasangan anda ialah syarikat AV dalaman yang bertempat di tapak pementasan acara. Ini bermakna mereka memahami dengan lebih mendalam susun atur dewan dan cara untuk mereka bentuk pentas bagi memaksimumkan tontonan para hadirin.

5 Menggunakan Latar belakang Pentas Yang Hambar

Latar belakang pentas menarik lebih banyak perhatian dari apa yang dijangka. Kini, latar belakang bukan hanya setakat dianggap sebagai aksesori warna-warni pentas. Sebaliknya, kini terdapat latar belakang bertekstur 2D atau 3D yang menakjubkan bagi mempertingkatkan lagi nilai tema atau penjenamaan anda. Malahan, teknologi moden boleh menjadikan latar belakang pentas sebagai suatu persembahan media yang bergerak.

Sekiranya para hadirin mengubah arah pandangan mereka, media bergerak ini akan menarik balik tumpuan mereka kepada persembahan yang sedang disampaikan. Sekiranya dilaksanakan dengan betul, latar belakang media ini mampu mempertingkatkan keberkesanan mesej yang ingin disampaikan. Visual pula membantu penonton mengingati matlumat yang dipersembahkan.

6 Memilih Susun Atur Tempat Duduk Yang Tidak Bagus

Tak kiralah sama ada anda ingin menganjurkan suatu persembahan perniagaan, latihan bilik darjah, menganjurkan majlis gala makan malam atau melancarkan produk terbaru, susun atur tempat duduk adalah amat penting. Anda telah menjemput tetamu untuk menyampaikan mesej anda, justeru tempat duduk mereka perlu disusun atur dengan teliti bagi memaksimumkan keberkesanan mesej anda!

Pastinya tetamu anda ingin membabitkan diri mereka dalam perbincangan profesional serta berkongsi matlumat dan minat mereka. Susun atur tempat duduk yang sempurna mampu mempertingkatkan lagi hubungan di antara penceramah dengan penonton. Ianya juga mendorong peserta yang bergerak dan yang berdiri supaya menggunakan laluan di belakang tempat duduk tetamu.

Pelajari Strategi Terbaik Untuk Mencipta Majlis Acara Korporat Yang Cemerlang Untuk Penonton Anda

Mengekalkan tumpuan perhatian penonton anda memerlukan pemikiran, perancangan dan kreativiti. Kami boleh bekerjasama dengan pasukan anda untuk mencipta sebuah pentas yang akan menarik perhatian serta menjana keterangsangan. Di Staging Connections, kami menggunakan pengalaman kami untuk mengubah majlis korporat anda menjadi suatu pengalaman interaktif yang tidak akan dapat dilupakan oleh para hadirin lama selepas acara tersebut berakhir.

Sila hubungi kami untuk mendapatkan perkhidmatan persembahan pementasan dan konsep yang inovatif yang menggabungkan kreativiti pementasan majlis dengan kepakaran teknikal.

--

Avoid These 6 Staging Mistakes Which Make Your Audience Lose Interest