Produk Reka Gaya Terkini untuk Perancang Majlis Korporat: Panel Pemandangan

Bagaimana anda boleh menambah keistimewaan majlis anda yang akan datang

Oleh Justin Stewart, Pengarah Urusan, Encore Event Technologies, China

--

 

Ramai yang bertanyakan saya: apakah yang boleh mengubah sesuatu majlis untuk menjadikannya pengalaman yang menakjubkan?

Apakah ianya bergantung pada topik perbincangan, penceramah atau pentas persembahan yang boleh menonjolkan kecemerlangan sesuatu majlis? Setakat tahun 2018 ini, kami berpeluang menyaksikan beberapa contoh hebat rekaan dan penggunaan teknologi acara majlis, dari pemetaan penayangan ke pementasan yang menakjubkan serta penggunaan pencahayaan yang bijak. Perancangan majlis kini menumpu fokusnya terhadap keadah untuk mementasakan persembahan yang terbaik di luar jangkaan para tetamu. Encore terus berusaha untuk menjadikan setiap acara majlisnya sentiasa segar dan mengujakan, pada masa yang sama, kami sentiasa mengambil kira arahan serta belajawan yang telah ditetapkan oleh pelanggan. Pasukan kami sentiasa mencari produk dan teknologi baru dan baru-baru ini, telah menumpukan fokus mereka terhadap kehendak pelanggan dalam rekaan acara majlis. Mereka dapati terdapat permintaan tinggi terhadap produk serba boleh yang berkeupayaan mengubah sesebuah ruang, yang bersesuaian dengan segala tema dan yang paling menarik sekali minat mereka, iaitu keupayaan produk tersebut untuk mencapai matlamatnya dengan kos yang rendah berbanding dengan kos penggunaan teknologi canggih yang mampu dibayar oleh pelanggan berbelanjawan tinggi. Kami menghayati kehendak pelanggan dan kini telah menghasilkan satu produk terbaru iaitu serangkaian panel pemandangan yang dipotong laser bergelar Scenic Panels yang akan mempertingkatkan lagi kehalusan dan penggayaan sesebuah majlis. Panel ini memenuhi kehendak pelanggan kerana ianya boleh digunakan dalam pelbagai cara dan formasi mengikut pilihan anda.

Panel Pemandangan sebagai Pembahagi Dewan


Panel pemandangan boleh dijadikan pembahagi dewan yang dapat mengubah penggunaan ruang dari dewan persidangan ke acara majlis gala makan malam. Panel yang dipotong laser ini boleh didapati dalam bentuk 2D dan 3D dengan pelbagai rekaan dan corak terkini. Ianya mudah diubahsuai dan kosnya berpatutan, justeru mampu menghasilkan sentuhan peribadi pada acara majlis anda. Jika digabungkan dengan pencahayaan, pewarnaan dan pameran berwarna warni bagi menghidupkan persembahan, anda akan dapat menambahkan factor ‘wow’ di mana jua majlis anda berlansung.


Panel Pemandangan boleh menggantikan hiasan tirai dinding tradisional.

Anda ingin menutup dinding pentas atau menambah ciri tekstur yang elegan? Panel istimewa ini adalah jawapannya. Apakah anda ingin menghasilkan pintu gerbang masuk yang hebat, kawasan pergaulan atau tempat tumpuan untuk majlis anda? Panel pemandangan ini dapat melakukan kesemuanya.


Penggunaan panel pemandangan untuk menghasilkan latar belakang yang ringkas namun elegan untuk sebuah majlis VIP yang intim.


Apakah anda memerlukan elemen pencahayaan pementasan untuk menarik perhatian dan menghiburkan tetamu anda? Panel pemandangan adalah jawapan anda. Anda boleh menghasilkan ukiran siling yang dramatic apabila ianya digabungkan dengan pencahayaan yang bersesuaian.

Panel pemandangan juga boleh dipasang ke siling untuk menghasilkan suatu pameran siling yang spektakular.

Panel pemandangan kini boleh diperolehi. Apakah anda ingin matlumat lanjut mengenai penggunaan panel pemandangan untuk acara majlis yang bakal dianjurkan? Sila hubungi pejabat kami berdekatan anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Panel Pemandangan ini. Atau hantarkan pertanyaan kepada kami melalui laman web atau telefon pejabat kami yang berdekatan anda.

--

 

Latest Styling Production for Corporate Event Planners - Scenic Panels