Siapa Kami
Encore Event Technologies ialah pembekal utama perkhidmatan teknologi audio visual dan penerbitan acara majlis yang kreatif dan inovatif di seluruh Asia, Australia, New Zealand, Fiji, Amerika Utara, Kanada dan Mexico.
Di Asia, Encore menggabungkan pengalaman tempatan dengan pengurusan acara majlis dan kepakaran teknikal bertaraf antarabangsa. Pasukan kami yang penuh semangat menjayakan pelbagai acara majlis korporat dan sosial; dari mesyuarat dan persidangan, ke majlis gala makan malam bertema, insentif dan pelancaran produk, jerayawara serta majlis perkahwinan dan pelbagai perkhidmatan yang lain.
Sumber dan pengalaman antarabangsa kami, digabungkan dengan wawasan yang didorongi pendekatan sentris pelanggan membolehkan kami menyediakan acara majlis yang benar-benar unik yang pasti menepati kehendak pelanggan anda.
Apa yang kami lakukan
Menghidupkan acara majlis anda
Selama 30 tahun, Encore Event Technologies (sebelum ini dikenali sebagai ETG Staging Connections) ialah syarikat di sebalik antara acara majlis terbesar di rantau Asia. Kami menawarkan penyelesaian pementasan majlis yang menyeluruh bagi setiap jenis acara majlis. Ini termasuk penyelesaian audio visual yang unggul, reka bentuk majlis, dari penerbitan dan kandungan multimedia, hinggalah ke peralatan video digital dan keterlibatan para penonton. Apabila anda bergabung dengan Encore, anda boleh merasa yakin bahawa acara majlis anda akan dikendalikan oleh sebuah syarikat yang telah banyak menerima penganugerahan.
Di mana anda boleh temui kami
Encore ialah rakan perkhidmatan acara majlis terpilih di lebih 300 buah hotel dan lokasi premium di seluruh dunia.
Kami adalah syarikat perkhidmatan teknikal dan penerbitan dalaman terpilih di hotel, pusat persidangan dan tempat peranginan terkemuka di rantau Asia dan kami sentiasa mempertingkatkan lagi rangkaian perkongsian ini. Encore menyediakan perkhidmatan dalaman yang bertempat di lebih 300 buah hotel dan lokasi premium di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Fiji, Mexico dan Kanada. Apabila anda bergabung dengan Encore, anda akan menerima segala manfaat jangkauan dan sumber global kami yang disokongi oleh pasukan tempatan yang penuh semangat.
Encore kini menyediakan perkhidmatan acara majlis di negara-negara yang tersenarai di bawah dan rangkaian lokasi kami di rantau Asia terus berkembang.
- China
- Hong Kong
- Filipina
- Singapura
- Korea Selatan
- Thailand