Penyelesaian Audio Visual

"...pasukan anda yang paling hebat dan profesional menyeronokan segala tugasan yang perlu dilaksanakan. Mereka sentiasa bersedia mengambil kira cadangan kami untuk membuat pertukaran dan bermurah hati dengan nasihat profesional mereka. Pasukan anda pantas menyediakan penyelesaian terhadap sebarang masalah, justeru menghapuskan tekanan penerbitan AV yang sering timbul..."

Erin Stanton, Harvard University, Cambridge, MA. USA

Encore menyediakan segala yang terbaik dalam bidang audio visual, pencahayaan, reka bentuk pementasan dan pengurusan penerbitan teknikal bagi semua jenis acara majlis. Pengalaman lebih dari 30 tahun membekalkan kami dengan teknologi, kepakaran dan kelebihan kreativiti untuk menjadikan setiap acara majlis suatu pengalaman yang luar biasa. Berikut adalah gambaran keseluruhan penyelesaian AV kami:

Pencahayaan Kreatif

Encore menawarkan perkhidmatan pencahayaan acara majlis yang menyeluruh bersesuaian dengan setiap keramaian. Kami yakin reka bentuk pencahayaan yang profesional amat penting dalam setiap acara majlis – dari persidangan yang besar, majlis gala makan malam bertema, hiasan pintu masuk, pameran hinggalah ke mesyuarat kecil. Kami mempunyai pengetahuan meluas dalam penggunaan reka bentuk pencahayaan yang kreatif untuk menjadikan lokasi majlis selaras dengan tema atau jenama anda. Pereka bentuk pencahayaan kami mempunyai kepakaran untuk menghasilkan kesan khas yang mampu mempertingkatkan lagi impak persembahan pementasan dan gaya sesuatu acara majlis.

Penyelesaian Wawasan Yang Unggul

Encore bangga dengan keupayaannya menyediakan skrin dan latar penayangan berkualiti tinggi yang menyeluruh untuk pelbagai jenis acara majlis, lokasi dan bajet. Skrin dan latar belakang majlis anda boleh dijadikan kanvas untuk penayangan, multimedia, animasi, video, persembahan atau kandungan grafik yang boleh mengubah mesej atau tema majlis berkenaan. Justeru, pemilihan skrin atau latar belakang yang bersesuaian amat penting bagi memastikan kejayaan sesuatu majlis. Pasukan kami yang berpengalaman akan bekerjasama dengan anda untuk mencadangkan skrin atau permukaan penayangan yang bersesuaian bagi memastikan pencapaian matlamat anda.

Pemetaan Penayangan 2D & 3D

Encore mempunyai teknologi dan kepakaran penayangan untuk menghasilkan suatu pengalaman mendalam yang tiada bandingannya. Pemetaan penayangan ialah suatu teknik menayang imej atau kandungan video ke atas permukaan, justeru mengubah sesuatu skrin, objek atau ruang fizikal menjadi latar pameran. Terdapat dua jenis pemetaan penayangan:

  • Pemetaan 2D – penayangan ke atas permukaan rata seperti skrin atau dinding. Kami boleh menggunakan pemetaan 2D untuk menghasilkan pameran visual seluas permukaan dinding dari atas ke bawah di lokasi majlis anda.
  • Pemetaan 3D – penayangan ke atas objek tiga dimensi, bentuk atau perkataan bagi menghasilkan kesan visual 3D yang mengagumkan.

Tak kiralah samada anda menganjurkan persidangan korporat atau majlis gala makan malam yang penuh glamor, pemetaan penayangan boleh mengubah majlis anda menjadi suatu pengalaman mendalam yang tidak akan dapat dilupakan oleh para hadirin. Hubungi kami untuk mengetahui bagaimana pemetaan penayangan boleh menghasilkan acara majlis anda seterusnya untuk menjadi suatu pengalaman visual yang hebat.

Penerbitan Video dan Penstriman Secara Lansung

Encore boleh merakam majlis anda untuk menghasilkan pameran video, bahan promosi, rekod persembahan atau hanya sebagai cenderahati bagi mengingati hari istimewa berkenaan. Pasukan penerbitan video kami akan menghasilkan suatu rakaman digital tak berkelim yang akan mengekalkan setiap detik istimewa, ucapan dan persembahan yang hebat.

Selain penerbitan video dan rakaman acara majlis, kami juga menawarkan perkhidmatan penstriman secara lansung. Ini membolehkan penonton anda mengikuti acara majlis secara masa nyata melalui komputer, tablet atau telefon bimbit pintar. Kami juga mampu menyediakan pengalaman tontonan yang menggabungkan slaid persembahan dengan persembahan secara lansung bagi memastikan penonton anda mengalami acara majlis sama seperti mereka yang berada di lokasi majlis.

Penerbitan Multimedia & Penghasilan Kandungan

Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan penerbitan multimedia khusus untuk setiap jenis acara majlis. Pasukan reka bentuk dalaman kami yang berpengalaman boleh menerbitkan kandungan pada skrin yang menarik khusus untuk pelbagai acara majlis seperti adegan pembukaan yang mengagumkan, lingkaran video penaja, tayangan acara kemuncak atau animasi untuk malam penganugerahan. Ambil kesempatan mengerah kepakaran pasukan multimedia dan grafik gerakan kami untuk memaksimumkan acara majlis anda.

Pemasangan

Encore menawarkan penyelesaian pemasangan menyeluruh yang dikendalikan oleh para profesional berpengalaman.

Penyelesaian reka bentuk pemasangan berkepakaran mampu mempengaruhi secara dramatik terhadap keberkesanan elemen audio, penayangan, pencahayaan dan pementasan. Kami akan memastikan setiap tetamu dapat melihat dan mendengar segala hiburan, persembahan atau set pementasan melalui kepakaran teknik pemasangan kami.


Terokai perkhidmatan lain yang kami tawarkan