Reka Bentuk Acara Majlis

“….anda dan krew anda sememangnya hebat, …..kami berharap akan dapat bekerjasama dengan anda sekali lagi di China dan Hong Kong….”

Michelle Guevarra, Perancang Mesyuarat, Alliances Management

Di Encore, kami yakin reka bentuk dan kreativiti mampu menjadikan setiap acara majlis itu suatu pengalaman yang unik. Matlamat kami ialah untuk melaksanakan suatu konsep kreatif yang selaras dengan objektif perniagaan dan acara majlis anda.

Melalui penyelesaian yang inovatif, kami mengintegrasikan konsep kreatif ke dalam setiap aspek, termasuk sistem bunyian, pencahayaan, set pentas, latar belakang dewan, persembahan dan kandungan multimedia. Pasukan kami yang terdiri daripada para profesional acara majlis, juruteknik dan pengarah kreatif yang kesemuanya berdedikasi bekerjasama bagi memastikan segala aspek majlis anda bersesuaian untuk menjadikan majlis berkenaan suatu pengalaman yang mendalam.

Encore menyedari nilai keupayaan untuk menggambarkan sesuatu acara majlis ketika di peringkat perancangan. Justeru, Encore menggunakan perisian bagi membolehkan pasukan kami mencipta ilustrasi acara majlis dalam bentuk 2D dan 3D untuk memberi anda gambaran yang tepat.

Baru-baru ini, Encore telah melancarkan suatu produk reka bentuk acara majlis yang baru, iaitu panel hiasan latar atau Scenic Panels. Terdapat beberapa jenis hiasan latar yang bersesuaian dengan setiap jenis acara majlis. Ianya merangkumi hiasan latar belakang pentas, penggayaan set, hiasan pintu masuk dan pembahagi dewan, kesemuanya memberi anda kaedah yang mudah dan kos-berkesan untuk mentransformasikan suatu yang biasa menjadi suatu yang beradun dengan hiasan.

Tak kira sama ada anda menggunakan jumlah panel yang banyak untuk hiasan latar belakang atau hanya sedikit sahaja sebagai hiasan pintu masuk, pembahagi dewan atau untuk pameran, panel tergantung ini menghasilkan kesan visual yang indah.

Apabila digabungkan dengan pencahayaan yang canggih dan hebat, seni corak panel ini seolah-olah hidup dan menambah lagi ketrampilan kesan tekstur hiasan latar majlis anda.


Terokai perkhidmatan kami yang lain