Terma-Terma Penggunaan Laman Web

Am

Terma-Terma Penggunaan ini terpakai kepada laman web ini di https://www.encore-asia.com/ yang dikendali oleh Kumpulan syarikat Encore Event Technologies yang ditubuhkan and berdagang di berbilang lokasi di Asia (tiap-tiap dirujuk sebagai “Encore” atau “kami”).

Terma-Terma Penggunaan

Sila kaji Terma-Terma Penggunaan ini untuk memaklumkan diri anda tentang terma-terma dan syarat-syarat yang terpakai kepada penggunaan laman web ini oleh anda.
Dengan mengakseskan, menggunakan, atau memuat turunkan bahan dari laman web ini anda bersetuju untuk mengikuti, dan bahawa anda terikat di sisi undang-undang kepada, Terma-Terma Penggunaan ini yang membentuk satu kontrak undang-undang. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Terma-Terma Penggunaan ini, jangan gunakan laman web ini.
Terma-Terma Penggunaan ini boleh berubah tanpa notis, oleh yang demikian sila semak mereka dari semasa ke semasa.

Privasi

Dengan mengakseskan dan menggunakan laman web ini anda mengaku bahawa anda telah membaca dan bersetuju dengan Pernyataan Privasi kami yang terdapat di laman web ini dan bersetuju kepada pengumpulan, penggunaan, dan pendedahan data peribadi anda menurut Penyataan Privasi tersebut.

Harta Intelek

Kami menyimpan semua hak di laman web ini yang tidak diberikan secara nyata. Semua maklumat, kandungan, teks, grafik, logo, ikon butang, imej, klip audio, muat turun digital, penyusunan data, borang, gambar, grafik, dan perisian yang tersedia di atau melalui laman web ini (secara kolektif “Kandungan”) masing-masing dimiliki atau dikawal oleh kami, anak syarikat-anak syarikat kami, dan pihak-pihak berkaitan kami. Kandungan tersebut dilindungi oleh hak cipta, hak-hak common law, dan undang-undang. Pengguna-pengguna dilarang mengubahsuai, menyalin, mengedar, menyampai, memapar, menerbit, menjual, melesen, menghasilkan karya-karya terbitan, atau mengguna sebarang Kandungan yang tersedia di atau melalui laman web ini untuk tujuan komersial atau awam, tanpa kebenaran bertulis terdahulu daripada entiti/entiti-entiti Encore yang berkaitan. Cap-cap dagangan, cap-cap perkhidmatan, slogan-slogan, logo-logo, peragaan perdagangan (“trade dress”) dan pengenalpasti-pengenalpasti lain (“Cap-Cap”) yang dipaparkan di laman web ini masing-masing dimiliki oleh kami, anak syarikat-anak syarikat, dan pihak-pihak berkaitan kami, atau pihak-pihak lain yang mungkin atau mungkin tidak berkaitan dengan, berhubungan dengan, atau ditaja oleh kami. Cap-Cap tersebut dilindungi oleh cap dagangan, hak-hak common law, dan perundangan. Pengguna-pengguna laman web ini dilarang untuk menggunakan sebarang Cap untuk sebarang tujuan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, menggunakannya pada bahan-bahan lain, dalam penyampaian, sebagai nama-nama domain, atau sebagai label-label meta, tanpa kebenaran bertulis entiti/entiti-entiti Encore yang berkaitan atau pihak ketiga sedemikian yang mungkin memiliki Cap-Cap tersebut.

Akses

Kami memberi anda satu lesen terhad semata-mata untuk mengakses dan mengguna untuk penggunaan peribadi laman web ini tetapi anda dilarang memuat turun (melainkan untuk pengagregatan halaman (“page caching”)) atau mengubahnya, atau sebarang bahagiannya. Lesen ini tidak membenarkan atau termasuk sebarang hak menjual semula atau penggunaan komersial laman web ini atau sebarang Kandungannya; sebarang pengumpulan dan/atau penggunaan sebarang senarai produk atau perkhidmatan, perihalan, atau harga; sebarang penggunaan terbitan laman web ini atau sebarang Kandungan; sebarang muatan turun atau salinan maklumat akaun untuk faedah mana-mana pihak ketiga; atau sebarang penggunaan perlombongan data, robot, atau alat pengumpulan dan penyarian data yang serupa. Laman web ini atau mana-mana bahagiannya tidak boleh dihasilkan semula, diduplikasi, disalin, dijual, dijual semula, dilayari, atau selainnya dieksploitasi untuk sebarang tujuan komersial tanpa persetujuan nyata kami secara bertulis yang kami boleh menahan menurut budi bicara mutlak kami.

Ketepatan

Kami berusaha untuk memastikan bahawa maklumat yang dipaparkan di laman web ini adalah tepat. Walau bagaimanapun, sesetengah maklumat yang disediakan di laman web ini adalah disediakan oleh pihak-pihak ketiga dan kami tidak dapat menjamin ketepatan semua maklumat dan kami tidak dapat menjamin bahawa laman web ini adalah bebas daripada ralat atau kesilapan. Kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan bahawa, dan tidak bertanggungjawab untuk sebarang ralat, ketinggalan, ketidaktepatan, kandungan yang mengelirukan, maklumat, atau apa-apa yang dilakukan atau tidak dilakukan sekiranya anda mengakses, mengguna, memuat turun atau bertindak mengikut pergantungan pada sebarang perwakilan, maklumat, data atau Kandungan yang terkandung, terpaut atau teragih melalui laman web ini. Kami juga menyimpan hak untuk mengubah maklumat yang dipaparkan di laman web ini pada bila-bila masa tanpa notis kepada anda.

Produk-produk/Perkhidmatan-perkhidmatan Pihak Ketiga

Kandungan, pautan-pautan, atau iklan-iklan (termasuk iklan-iklan sepanduk yang mengandungi hiperpautuan-hiperpautan terbenam) di atau ke laman web ini tidak diniatkan sebagai sokongan mana-mana pihak ketiga atau produk-produknya, perkhidmatan-perkhidmatannya, atau laman web-laman webnya. Pautan-pautan dan maklumat yang dipaparkan mengenai sebarang pihak ketiga adalah disediakan hanya sebagai suatu kesenangan dan mungkin usang. Pendapat-pendapat yang dinyatakan di laman web ini atau sebarang laman web pihak ketiga tidak semestinya membayangkan pendapat-pendapat sebarang entiti Encore.

Sekiranya anda mengakses laman web ini melalui suatu pautan pihak ketiga, anda masih terikat kepada terma-terma dan syarat-syarat Terma-Terma Penggunaan ini. Dalam apa jua keadaan, kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kandungan atau bahan lain pada atau yang terdapat di sebarang laman web pihak ketiga.

Komunikasi-komunikasi Elektronik

Apabila anda melayari laman web ini atau menghantar e-mel kepada kami, anda berkomunikasi dengan kami secara elektronik. Anda bersetuju untuk menerima komunikasi daripada kami secara elektronik. Kami akan berkomunikasi dengan anda melalui e-mel atau dengan mengumumkan notis-notis di laman web ini. Anda bersetuju bahawa semua perjanjian, notis, pendedahan dan komunikasi lain yang kami memberi kepada anda secara elektronik memenuhi sebarang keperluan undang-undang bahawa komunikasi sedemikian hendaklah secara bertulis.

Penolakan Tuntutan dan Liabiliti

Tanpa menjejaskan sebarang hak anda yang tidak boleh dikecualikan atau dibataskan dengan sah di bawah undang-undang yang terpakai di mana anda mengakses laman web ini:

  1. laman web ini dan kandungannya adalah disediakan “seperti didapati” dan kami tidak membuat dan tidak memberi waranti, jaminan, atau perwakilan, secara nyata atau tersirat mengenai pengoperasian laman web ini atau kelayakan, kebolehdagangan, atau kesesuaian sebarang maklumat, Kandungan, bahan, data, produk, perkhidmatan, atau pembekal yang dipaparkan di laman web ini atau sebarang laman web yang dirujukkan atau terpaut, atau bahawa laman web ini, pelayan-pelayan kami, atau sebarang e-mel atau komunikasi yang dihantar dari kami bebas daripada sebarang virus atau komponen-komponen lain yang berbahaya;
  2. anda menggunakan laman web ini dan memuat turun sebarang bahan, data, atau Kandungan lain atas budi bicara dan risiko anda sendiri dan anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk sebarang kerosakan pada sistem komputer anda atau kehilangan data akibat penggunaan atau muat turun sedemikian;
  3. KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DAN MENGECUALIKAN SEMUA LIABILITI untuk sebarang kerugian, kerosakan, liabiliti, tuntutan, atau perbelanjaan, sama ada secara langsung, tidak langsung atau berbangkit, khas, atau punitif (termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kerugian keuntungan, hasil, data, atau simpanan jangkaan) apa-apa pun dan walau macam mana pun disebabkan, yang timbul akibat apa-apa akses, penggunaan, muat turun, penerimaan atau pergantungan oleh anda atau mana-mana orang lain pada atau kepada, sebarang perwakilan, maklumat, Kandungan, bahan, data, komunikasi, produk atau perkhidmatan yang disediakan di atau melalui laman web ini, atau selainnya berkaitan dengan laman web ini atas sebarang dasar pun; dan
  4. Kami tidak membuat representasi atau jaminan-jaminan bahawa laman web ini atau sebarang Kandungan terkandung pada atau dimuat turunkan dari laman web ini adalah sesuai atau tersedia untuk digunakan di semua lokasi geografi.

Anda tidak harus bergantung pada kandungan laman web ini tanpa, jika sesuai, mendapatkan nasihat terdahulu dari perunding-perunding dan profesional-profesional yang berkaitan.

Tiada apa-apa dalam seksyen ini mengehadkan kewajipan-kewajipan anda di bawah Terma-Terma Penggunaan ini termasuk tetapi tidak terhad kepada kewajipan-kewajipan anda di bawah seksyen bertajuk “Harta Intelek”.

Selanjutnya, tiada apa-apa dalam seksyen ini yang menghadkan atau mengecualikan sebarang kewajipan Encore atau hak-hak anda setakat mana yang tidak boleh dihadkan atau dikecualikan dengan sah di bawah undang-undang yang terpakai di mana anda mengakses laman web ini.

Siapa Kami

Kumpulan syarikat Encore Event Technologies yang berdagang di Asia adalah anak-anak syarikat atau pihak-pihak berkaitan Encore Event Technologies Holding (Singapore) Pte Ltd, yang ditubuhkan di Singapura. Kumpulan tersebut termasuk: Encore Event Technologies Singapore Pte.Ltd; Encore Technology (Beijing) Co., Ltd.; Encore Event Technologies South Korea Limited; Encore Event Technologies Malaysia SDN. BHD.; Encore Event Technologies Macau Limited; Encore Event Technologies Hong Kong Limited; Encore Technologies Taiwan Pte. Ltd; Encore Event Technologies Philippines Inc; dan di Thailand, Encore Event Technologies Company Limited.

Am

Sekiranya mana-mana peruntukan Terma-Terma Penggunaan ini, atau sebahagian daripadanya, diputuskan sebagai tidak sah, tidak boleh dikuatkuasakan, atau menyalahi undang-undang untuk sebarang alasan, peruntukan atau bahagian berkaitan tersebut mesti ditafsirkan sebaik mungkin untuk memberi kesan undang-undang (“read down”) jika boleh tetapi sekiranya tidak dapat ditafsirkan sebegitu, peruntukan atau bahagian yang berkaitan tersebut mesti diasingkan dan Terma-Terma Penggunaan yang selebihnya akan terus berkuatkuasa.

Tajuk-tajuk dalam Terma-Terma Penggunaan ini adalah untuk tujuan rujukan sahaja dan tidak mentakrif, membatas, mentafsir atau menerang skop atau takat sebarang bahagian.

Undang-undang yang Menguasai

Melainkan jika anda menetap di dan mengakses laman web ini dari Republik Rakyat China, Terma-Terma Penggunaan ini dikuasai oleh undang-undang Singapura dan sekiranya berlaku suatu pertikaian berhubungan dengan Terma-Terma Penggunaan ini, pertikaian tersebut mesti menyerah kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah-mahkamah Singapura.

Sebarang prosiding mesti dijalankan dalam bahasa Inggeris.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda menetap di dan mengakses laman web ini dari Republik Rakyat China, Terma-Terma Penggunaan ini dikawal oleh undang-undang Republik Rakyat China dan sekiranya berlaku suatu pertikaian berhubungan dengan Terma-Terma Penggunaan ini, pertikaian tersebut mesti menyerah kepada bidang kuasa Mahkamah Rakyat di Beijing.

Hak cipta 2018 Encore Event Technologies Holding (Singapore) Pte Ltd