Perkhidmatan Lokasi

Encore ialah pembekal dalaman terpilih untuk perkhidmatan audio visual dan acara majlis di lebih 100 buah hotel berprestij, pusat peranginan dan persidangan di seluruh rantau Asia Pasifik. Kami adalah syarikat perkhidmatan penerbitan teknikal dalaman untuk acara majlis dan kini menjalin perhubungan dengan lebih 300 rakan perkongsian berlokasi di seluruh dunia.

Rangkaian lokasi kami tiada bandingannya dalam industri ini dan ianya membolehkan kami menawarkan kepada anda segala sumber dan kepakaran kami di lokasi untuk acara majlis anda seterusnya, tak kira di mana destinasi atau hotel pilihan anda. Kami menawarkan perkhidmatan khusus buat anda untuk menjadikan lokasi pilihan anda suatu yang diidamkan melalui penggunaan audio visual, pemasangan dan peralatan pencahayaan ke pemasangan perkhidmatan internet di lokasi.

Jika anda berminat untuk bekerjasama dengan Encore bagi menjayakan perkhidmatan dalaman di lokasi anda, sila hubungi kami dengan mengisi borang berikut.