Teknologi Keterlibatan Penonton

“…terima kasih atas bantuan dan sokongan anda dan pasukan anda dalam menjayakan majlis ulang tahun ke 50 kami di Beijing dan Shanghai. Majlis kami pasti tidak akan mencapai kejayaan sebegini tanpa ketekunan pasukan anda…”

Rebecca LI Pengurus, Perhubungan Awam, China Preferred Hotels & Resorts

Encore memahami kepentingan peranan teknologi bagi mempertingkatkan lagi pengalaman setiap acara majlis, terutama dari segi keterlibatan para penonton dan persepaduan media sosial.

Untuk memaksimumkan keterlibatan para penonton, Encore menawarkan pelbagai teknologi keterlibatan acara majlis bersesuaian dengan kehendak setiap pelanggan. Berikut adalah gambaran keseluruhan penyelesaian keterlibatan kami:

Aplikasi Mudah Alih Acara Majlis

Kami menawarkan kepada pelanggan aplikasi acara majlis percuma apabila anda menggunakan perkhidmatan kami. Cumulus memberi kepada anda dan para tetamu anda akses mudah untuk memperolehi matlumat acara majlis melalui telefon bimbit mereka.

Cumulus dicipta khusus untuk perancang majlis yang sibuk, membolehkan anda memuat naik dan berkomunikasi dengan pantas segala-galanya, dari agenda dan muat turun, ke matlumat penajaan dan lain-lain lagi.

Semua isi kandungan dimuat naik dan diurus oleh ahli perancang acara majlis dan ini membolehkan segala dokumen dikawal rapi serta memudahkan lagi keupayaan untuk memuat naik dan mengemaskini segala matlumat pada bila-bila masa ianya perlu dilakukan.

Tinjauan Penonton Secara Lansung

Ketahui apakah yang difikirkan oleh para penonton anda melalui kaedah Tinjauan Acara Majlis. Teknologi keterlibatan ini membolehkan anda menyoal dan menerima jawapan secara lansung. Tinjauan Acara Majlis ini mempunyai pelbagai format dan gaya persoalan dan menawarkan pilihan alternatif untuk:

  • Sesi Soal & Jawab
  • Idea
  • Pengundian
  • Kuiz / Trivia
  • Tinjauan
  • Sesi Perbincangan
  • Dan seterusnya!

Ianya mudah diguna, menyeronokkan dan amat berkesan. Para tetamu anda hanya memerlukan telefon bimbit mereka untuk mengambil bahagian.

Persepaduan Media Sosial

Event Feed ialah platform media sosial Encore yang menyeluruh. Ianya amat sesuai untuk acara korporat dan majlis gala kerana ia membantu perancang majlis memaksimumkan manfaat keterlibatan media sosial. Event Feed membolehkan anda memantau dan memaparkan ke skrin segala pos Tweet, Facebook dan Instagram para tetamu anda. Tetamu anda juga boleh merakam setiap detik kegemaran mereka, butiran ucapan penting atau penganugerahan melalui saluran media sosial dan segalanya boleh dipaparkan ke skrin untuk tontonan semua serta dikongsi bersama dengan penonton sejagat melalui hashtag anda tersendiri.

Harap maklum bahawa tidak semua platform media sosial wujud di seluruh benua Asia, justeru Event Feed mungkin tidak berfungsi sepenuhnya di sesetengah negara-negara tertentu.

Penstriman Secara Lansung

Encore boleh membantu memaparkan acara majlis anda dalam talian untuk meluaskan lagi jangkauan penonton anda; atau setakat merakam acara majlis anda untuk penggunaan pada masa akan datang. Kami boleh menganjurkan penstriman secara lansung acara majlis anda melalui laman Facebook syarikat anda atau dalam talian melalui kaedah pautan khusus. Suasana penstriman secara lansung boleh dicipta khas untuk penonton maya merasai pengalaman jenama anda. Hubungi pasukan kami hari ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut pilihan rakaman atau penstriman secara lansung yang kami tawarkan.


Terokai perkhidmatan kami yang lain