Pengurusan Penerbitan

“Mesyuarat kami berlansung dengan sempurna hasil usaha dan sokongan penuh oleh pasukan anda. Saya benar-benar berpuas hati dapat bekerjasama dengan anda dan menghargai tahap profesionalisme, kefleksibelan dan komitment setiap anggota pasukan anda.”

Timbalan Kanan President-Operasi, Greater China & Mongolia Hilton WorldWide

Kepakaran pengurusan penerbitan acara majlis teknikal Encore memastikan setiap aspek majlis anda dilaksanakan dengan sempurna.

Pengalaman kami dalam perkhidmatan penerbitan termasuk:

  • Pengurusan penerbitan dalam segala aspek acara majlis, dari arahan hinggalah ke pelaksanaan.
  • Penggabungan bersama penerbit acara majlis, jurugaya serta rakan penerbitan majlis yang lain.
  • Pengurusan acara majlis termasuk penerbitan jadual acara majlis dan pengurusan pentas.
  • Berurusan dengan pembekal dan lokasi serta pengurusan logistik.
  • Reka bentuk, pembekalan, pengurusan dan pelaksanaan segala elemen teknikal, termasuk audio visual, pencahayaan, pementasan dan pemasangan.
  • Penggayaan, penentuan tema, reka bentuk dan perkhidmatan multimedia untuk mempertingkatkan prestasi majlis anda.
  • Memastikan segala keperluan keselamatan dipatuhi

Pengalaman yang luas melengkapkan kami dengan pendekatan untuk melaksanakan acara majlis yang khusus bersesuaian dengan matlamat pelanggan, tak kira sama ada besar atau kecil majlis tersebut. Kami menerap sikap ini dalam setiap jenis acara majlis, dari majlis gala makan malam dan malam penganugerahan, ke persidangan dan mesyuarat perniagaan serta persembahan. Setiap majlis mempunyai keperluan tersendiri dan ini diambil kira dengan teliti di peringkat perancangan, penerbitan dan pelaksanaan.


Terokai perkhidmatan kami yang lain