Majlis Korporat

Persidangan & Mesyuarat | Pelancaran Produk | Pembukaan | Sidang Media

“Anda telah menjayakan mesyuarat kami. Kejayaan ini pasti tidak tercapai tanpa krew berdedikasi anda.”

Pengarah Kanan Komunikasi Korporat, Adidas

Encore adalah syarikat perkhidmatan audio visual dan acara majlis terpilih untuk majlis korporat di rantau Asia. Kreativiti, pengetahuan teknikal dan kepakaran penerbitan acara majlis menjadikan kami rakan perkongsian acara majlis untuk pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa di seluruh rantau ini.

Tak kira sama ada mesyuarat anda membabitkan bilangan peserta yang kecil atau persidangan besar-besaran, kami mempunyai peralatan dan kepakaran untuk memastikan majlis anda dilaksanakan dengan lancar dari permulaan hingga akhir, tepat pada masa dan bajet yang ditetapkan.

Jika anda ingin mengetahui lokasi terbaik untuk majlis anda seterusnya, kami persilakan anda untuk menerokai rangkaian lokasi dalaman kami. Hanya melalui rakan perkongsian hotel kami dapat anda merasa yakin bahawa pasukan dalaman kami di lokasi akan memastikan majlis anda dilaksanakan ke tahap perkhidmatan dan kualiti yang hebat dan luar biasa.

Jerayawara & Pameran

Penerbitan teknikal untuk Jerayawara | Pameran | Pelancaran Kereta | Acara Sukan

"Kami amat menghargai segala bantuan anda menjayakan majlis pembukaan Yale Beijing Center. Kejayaan ini pasti tidak tercapai tanpa usaha pasukan anda. Kami menghargai segala sokongan anda dan berharap akan dapat bekerjasama lagi pada masa yang akan datang."

Jessy Zheng, Pengurus Perniagaan, Yale Beijing Center

Apabila anda merancang acara majlis besar-besaran, pastinya anda memerlukan perkhidmatan syarikat penerbitan acara majlis yang berpengalaman bagi memastikan majlis anda berjalan dengan lancar dan sempurna. Encore mempunyai pengalaman yang luas dalam pembekalan perkhidmatan penerbitan teknikal untuk jerayawara, pameran, pelancaran kereta dan majlis luaran bertaraf antarabangsa.

Pasukan pakar kami yang terdiri daripada juruteknik AV, operator dan pengarah kreatif akan menghasilkan penyelesaian khusus untuk anda melalui gabungan segala yang terbaik dalam teknologi penerbitan audio visual, pementasan dan pencahayaan, sistem bunyian dan multimedia. Hasilnya ialah suatu wawasan yang kreatif yang dihidupkan di lokasi pilihan anda melalui kepakaran penerbitan acara majlis bertaraf antarabangsa yang mampu memaksimumkan mesej yang ingin anda sampaikan.

Perkhidmatan bersepadu kami serta rangkaian lokasi sedunia yang tiada bandingannya memastikan anda akan terus bekerjasama dengan rakan penerbitan yang sama untuk setiap acara majlis, justeru menjamin produk yang konsisten serta pembelanjaan bajet yang optimum.

Malam Majlis Gala & Penganugerahan

Majlis Gala Makan Malam | Malam Penganugerahan | Majlis Makan Malam Pungutan Derma Kebajikan

“…Pasukan anda melaksanakan tugas mereka dengan hebat. Terima kasih atas segala usaha. Anda benar-benar mempertingkatkan imej kami!...”

John Hamilton, Pengarah, Komunikasi Pemasaran, Four Seasons Hotels and Resorts Asia-Pacific

Encore menawarkan perkhidmatan penerbitan acara majlis yang lengkap untuk majlis malam penganugerahan, majlis gala makan malam, pungutan derma atau insentif penjualan anda. Sekiranya anda memilih kami untuk menjayakan wawasan acara majlis anda, anda akan memperolehi akses kepada segala kepakaran dan kemudahan yang kami sediakan untuk menjadikan majlis anda suatu peristiwa yang tidak dapat dilupakan. Perkhidmatan ini termasuk peralatan audio visual, pencahayaan dan reka bentuk set yang berkualiti tinggi ke penggayaan dan tema majlis yang benar-benar menakjubkan.

Beri kami peluang mencipta pengalaman menawan untuk tetamu anda melalui kepakaran kami dalam bidang penggayaan dan penyelesaian reka bentuk yang kreatif. Pendekatan kami ialah melalui penggayaan setiap inci acara majlis anda, dari pintu masuk hinggalah ke hiasan di tengah meja. Tak kira sama ada anda memerlukan konsep penggayaan yang ditempah khas untuk majlis anda atau anda ingin menghidupkan sesuatu tema, jurugaya kami mempunyai kreativiti dan penyelesaian untuk memenuhi segala kehendak anda.

Majlis Perkahwinan

Di rantau Asia, Encore adalah pembekal utama perkhidmatan audio visual, pencahayaan dan pementasan untuk majlis perkahwinan. Apabila anda memilih untuk menyambut majlis perkahwinan anda di salah sebuah hotel berprestij atau rakan lokasi kami, anda boleh merasa yakin segala urusan hari teristimewa bagi anda akan dilaksanakan dengan sempurna.

Encore menyedari setiap majlis perkahwinan itu unik dan hari teristimewa ini perlu berjalan dengan lancar dan sempurna. Justeru, juruteknik AV kami akan menawarkan penyelesaian audio visual khusus untuk anda serta menepati bajet yang ditetapkan. Apa yang penting, kami membekal dan mengendali segala peralatan AV kami sendiri, justeru menjamin bahawa hari teristimewa anda akan dijayakan dengan perkhidmatan canggih dan hebat dalam pementasan, audio, pencahayaan serta sokongan AV.

Bergantung pada lokasi, penggayaan dan bilangan tetamu yang dijemput ke majlis perkahwinan anda, kami akan memastikan setiap detik istimewa akan dirakam dan dikongsi bersama para tetamu melalui penempatan khas skrin berkualiti tinggi dan peralatan audio yang canggih.

Our Clients

Our Clients